Blogroll

Ubuntu pengganti terbaik microsoft

Mengenali Ubuntu



Definisi

Sumber Terbuka = Konsep keterbukaan dalam pembangunan perisian.

Linux & Ubuntu = Bayangkan Linux adalah rumah dan Ubuntu adalah bilik. Kemudian anda akan berada dilandasan yang betul untuk memahami kedua-duanya.

Ubuntu = Sistem Operasi komputer seperti windows (keluaran microsoft), mac osx, redhat, fedora dan sebagainya.

Asas-asas Ubuntu : Perbandingan dengan windows


Ada orang beranggapan bahawa, apabila menggunakan ubuntu maka kita terpaksa belajar kembali sistemnya sama seperti kita mula-mula menggunakan windows.Sekurang-kurangnya saya juga pernah berfikir cara itu dahulu.Namun apabila difikirkan kembali, sebenarnya tidak juga.Seolah-olah seperti anda menukar telefon anda daripada Nokia kepada Sony Ericsson,mungkin ada beberapa perkara yang bertukar tetapi bagaimana ia beroperasi masih lagi sama.

Filesystem


Jika semua system didalam windows terletak di dalam partition C, di dalam ubuntu semua sistem terletak didalam partition Filesystem.Jika anda buka Computer(dalam windows ialah My Computer) maka anda boleh nampak kesemua partition samada untuk ubuntu, untuk windows, hardisk lain, external harddisk, USB Drive dan sebagainya.Ternyata sistemnya menyerupai windows bukan?




Dalam windows, partition C mengandungi Program Files(tempat program tersimpan), Windows(file untuk sistem windows) dan Users (simpan maklumat users)-saya quote yang penting shj.Manakala folder penting dalam Filesystem bagi ubuntu (yang penting untuk diketahui) ialah Home(Users),Media (navigate kepada partition windows),dan usr -yang penting.

Home akan navigate user kepada nama user seperti home/yourname/ dan kita akan mendapati didalamnya terdapat folder-folder seperti desktop, pictures, videos, documents etc.Namun harus diingat bahawa didalam home/yourname terdapat hidden folder yang menyimpan data-data berkenaan perisian yang anda install.Kita boleh melihat file tersembunyi ini dengan pergi ke view > show hidden files atau Ctrl+H.Jangan terkejut dengan folder-folder .foldername yang akan keluar.Dalam ubuntu,jika anda ingin membuat satu hidden folder, hanya perlu rename kan dan meletakkan "."(DOT) didepan folder name.Senangkan?

Didalam banyak-banyak hidden folder tersebut kita akan mendapati terdapat .icons , .themes dan kedua-duanya menyimpan icons dan themes untuk desktop kita.

Search


Bagi ubuntu gusty gibbon, terdapat Desktop Search yang pada saya lebih maju daripada fungsi search didalam windows.




User boleh setkan(right click pada icon searcd pada panel > preferences) location yang bukan sahaja didalam komputer, malah didalam dictionary, wikipedia, yahoo, del.icio.us, dan sebagainya.

Applications

Saya telah menemui satu website(Linux App Finder) yang memudahkan kita search software untuk linux yang menjadi altenatif kepada software di dalam windows dan mac.Contohnya jika kita ingin search software altenatif bagi Microsoft Office, hanya perlu menaip dan kesemua software altenatif bagi microsoft office akan dipaparkan.Sila lihat image dibawah;

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Klik pada gambar untuk ke website berkenaan.


Control Panel

Jika dalam windows ia dinamakan CP, dalam ubuntu kita tidak akan mengenali ia sebagai CP tetapi System.Malah system ini dibahagikan pula kepada Preferences dan Administration.User biasa boleh bebas bermain dengan preferences tetapi saya nasihatkan jangan selalu sangat bermain dengan administration.Contohnya synaptic package manager.Apabila kita membuka SPM(synaptic package manager), komputer akan mengarahkan kita untuk memasukkan password menandakan betapa pentingnya apa yang sedang kita ingin buka itu.

Mengapa begitu?Kerana dengan SPM inilah software-software yang berkaitan dengan system dan gnome boleh diuninstall dengan mudah.Jangan sesekali uninstall sesuatu perkara menggunakan SPM tampa mengetahui apa yang sedang kita perbuat.Pengalaman saya, saya pernah uninstall satu software system dan kemudian terpaksa reinstall seluruh ubuntu hanya kerana salah guna SPM.

Workspace Switcher.

Jika didalam leopard ia dinamakan spaces,maka didalam ubuntu ia dinamakan Workspace Switcher.Saya tidak perlu mengulas panjang tentangnya kerana anda bebas bereksperimen dengannya.

Dalam ubuntu gusty, WS(Workspace Switcher) hanya ada 2 secara default.Kita boleh tingkatkan bilangan tersebut dengan right clik pada WS > preferences ;




dan kita bebas menentukan bilangan spaces yang kita kehendaki.

Nautilus

Dalam ubuntu, file browser dinamakan dengan nautilus.Kita bebas memilih dan menukar background bagi nautilus dengan pergi ke edit > background and emblems dan kemudian drag pattern atau color yang dikehendaki dan drop kedalam nautilus.Wow! Background nya dah berubah!




Update

Jika dalam windows ada windows update, dalam ubuntu , update akan berlaku hampir setiap hari.Ini penting untuk update system, perisian yang digunakan dan sebagainya.Mungkin kerana itu juga, tampa internet, pengguna ubuntu akan menghadapi banyak masalah.

sumber:http://melayubuntu.blogspot.com

0 comments:

Category List

Pages

Popular Posts


Catitan


Followers