Blogroll

5 majalah yang saya suka

Majalah Maskulin: Takrif Terkini Lelaki Muda

Klik pada cover majalah untuk ke laman web majalah maskulin

Majalah Maskulin merupakan sebuah majalah berbahasa Melayu yang diterbitkan di Malaysia. Ia diterbitkan secara bulanan.Majalah Maskulin merupakan sebuah majalah berkonsepkan gaya eksekutif moden yang diterbitkan setiap bulan. Majalah Maskulin mengkhusus dalam berita perkembangan lelaki yang berjaya. Maskulin menawarkan tips, rujukan, maklumat mengenai trend gaya hidup terkini.Maskulin merupakan salah satu bahan cetakan terbitan Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, Malaysia. Saya sempat jadi model yang x dijemput untuk menjadi cover majalah maskulin, rosak cover majalah ni ngan muka aku....hahaha.Da la tajuk pada cover ni xbleh blah, ni semua kerja krew majalah tersebut.


Majalah PC: "Sumber komputer, internet dan multimedia"

Klik pada cover majalah untuk ke laman web majalah PC

Majalah PC merupakan sebuah majalah berbahasa Melayu yang diterbitkan di Malaysia. Ia diterbitkan secara bulanan. Ia merupakan majalah khusus dalam bidang komputer dan diterbitkan secara bulanan. "Sumber komputer, internet dan multimedia" merupakan motto bagi majalah ini.Majalah ini berharga RM4.80 di Semenanjung Malaysia dan RM5.80 di Sabah/Sarawak. Ia diterbitkan oleh Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd.Ia merupakan majalah berbahasa Melayu tentang komputer paling laris jualannya di Malaysia. Saya tidak akan ketinggalan membeli majalah ni tiap2 bulan kerana pelbagai tips dan panduan dapat saya jadikan rujukan untuk meningkatkan pengetahuan dalam bidang ICT


Majalah Arena Bola Sepak:

Klik pada cover majalah untuk ke laman web majalah PC

Majalah Arena Bola Sepak merupakan sebuah majalah berbahasa Melayu yang diterbitkan di Malaysia. Arena Bola Sepak menumpukan mengenai perkembangan arena bolasepak tempatan, dan antara bangsa. Ia turut meninjau kehidupan sebenar pemain-pemain terkenal.Arena Bola Sepak merupakan salah satu bahan cetakan terbitan Kumpulan Karangkraft Sdn Bhd, Malaysia. Majalah ni selalu saya beli ketika zaman sekolah dan selalu kumpul poster pemain terkenal tok jadi cover buku log saya ketika sekolah.hehehe... Rindu zaman sekolah yg mana saya aktif bermain bola sepak sekitar negeri kelantan.


Majalah Anjung Seri:

Majalah Anjung Seri merupakan sebuah majalah berbahasa Melayu yang diterbitkan di Malaysia. Ia merupakan majalah khusus untuk hiasan dalaman dan diterbitkan secara bulanan. Ia merupakan majalah hiasan dalaman nombor 1 di Malaysia dan diterbitkan semenjak tahun 1993. "Mewarna dan menyeri" merupakan motto bagi majalah ini. Majalah ini juga diedarkan di negara jiran seperti Singapura.Majalah ini berharga RM8.50 di Semenanjung Malaysia, RM11.00 di Sabah/Sarawak, dan S$6.90 di Singapura. Ia diterbitkan oleh Berita Publishing Sdn Bhd.


Majalah wisel:

Wisel! merupakan sebuah majalah berbahasa Melayu di Malaysia. Ia merupakan majalah khusus untuk sukan bola sepak dan diterbitkan sebulan tiga kali iaitu pada 5, 15 dan 25 haribulan. Majalah ini dijual dengan harga RM 4.00 senaskah. Majalah ini mula diterbitkan pada tahun 2002. Majalah ini sebuah terbitan SWSB.



0 comments:

Category List

Pages

Popular Posts


Catitan


Followers