Blogroll

Dari Windows ke Ubuntu

Apa itu Ubuntu?

Ubuntu ialah sebuah sistem operasi (operating system) seperti juga windows dan boleh dipasang dalam apa jua kotak yang dipanggil komputer (atau dengan nama timbangan desktop, laptop, notebook, netbook, etc). Harus diingat, ubuntu tidak boleh dipasang kedalam televisyen, radio mahupun peti sejuk. Untuk apa windows berfungsi dan untuk itu jugalah ubuntu berfungsi.

Mengapa anda perlukan Ubuntu?

Jika anda bosan dengan virus, merasa bersalah atau tak selesa kerana menggunakan windows versi cetak rompak, bencikan microsoft kerana sikap monopoli, merasa tak berkat kerana menggunakan banyak perisian pirate, inginkan kebebasan dalam berkomputer, boring dengan windows, dan sebagainya - anda adalah calon yang layak beralih kepada ubuntu.

Bagaimana untuk beralih ke ubuntu?

Anda boleh memasang ubuntu menggunakan wubi didalam windows (paling senang), atau melakukan dual boot (satu komputer boleh guna windows dan ubuntu), atau juga terus menggunakan ubuntu dengan delete partition windows (clean install). Dapatkan CD ubuntu terlebih dahulu untuk memasangnya secara dual boot dan clean install.

Download Ubuntu : http://ubuntu.com

Kepada member2 yg nak kan perisian Ubuntu version latest, saya telah memuat turun ubuntu dan saya telah "burn" kan ke dalam sekeping dvd.Kepada mereka yang berminat boleh mendapatkan dvd tersebut daripada saya.Saya boleh tolong installkan ubuntu pada pc anda


Perisian dalam ubuntu (perbandingan dengan windows)


Semua perisian dalam ubuntu adalah percuma dan berasaskan sumber terbuka

Memperkenalkan Wine

Wine bukannya arak disini. Ianya satu aplikasi yang membolehkan anda memasang perisian dalam windows menggunakan fail .EXE, kedalam ubuntu. Selepas memasang Wine, anda boleh memasang perisian windows tadi dengan hanya double click padanya seperti yang anda lakukan dalam windows. Walaupun Wine tidak menyokong kesemua aplikasi windows, tetapi bilangan perisian yang disokong semakin bertambah hari ke sehari.

Kelebihan Ubuntu
  • tidak mempunyai virus
  • percuma dan bebas
  • senang disesuaikan dengan kehendak pengguna
  • komuniti yang besar
  • efek grafik yang jauh meninggalkan vista dan mac osx
  • kebebasan dalam penggunaan
  • berasaskan sumber terbuka
  • kerap diupdate (6 bulan sekali untuk versi baru)
  • dilengkapi dengan perisian bebas dan hampir 20,000 pakej dalam APT
  • hanya memerlukan 256MB RAM dengan Pentium 3 sebagai kebolehan minima komputer
  • desktop yang fleksible

0 comments:

Category List

Pages

Popular Posts


Catitan


Followers