Blogroll

5 kumpulan nasyid yang saya minat:

Di bulan ramadhan ini, elok juga memperbanyakkan mendengar lagu2 nasyid berbanding lagu2 yang dari genre lain. Melalui pendengaran lagu2 nasyid sedikit sebanyak membantu kita supaya bermunasabah dan mendapat mesej ketuhanan daripada lirik2 lagu yang disampaikan. Saya senaraikan 5 kumpulan nasyid yang amat saya minati dari mula kumpulan2 nasyid ni muncul hingga ke hari ini. Sebenarnya terlalu banyak kumpulan nasyid yang best2, oleh kerana di bawah kategori "5 benda" jadi saya paparkan 5 sahaja group nasyid mengikut ranking 1- 5 melalui penilaian saya sendiri. Tak tahu la anda yang membaca bagaimana plak. hehehe



Kumpulan Inteam:

Inteam kini dah tampil dengan album ketujuh iaitu album Allahu Rabbi. Lagu hits inteam terbit pada setiap kali album baru inteam dikeluarkan. Antara lagu evergreen ialah kasih kekasih. Bermula ngan lagu ni sebenarnya terdetik di hati ini untuk meminati lagu2 nasyid suatu ketika dulu. Sejak kemunculan kumpulan inteam, cinta terhadap industri nasyid semakin bercambah. Setiap hari perkembangan nasyid akan saya ikuti dan saya mempunyai semua album inteam setakat ini. All de best to inteam.Semoga terus mengeluarkan album baru dan inteam records terus berkembang.

kumpulan UNIC:

Wahhh..teruja bila dengar lagu2 bru unic dalam album kelima kumpulan unic. Nampak semakin mantap dari segi susunan dan pemilihan lagu. Lagi2 dengan bertambahnya anggota kumpulan baru, harap2 nyer unic akan lebih mantap. Lagi2 anggota baru tersebut ialah juara akademi al- quran musim ketiga. Mesti mantap.. Pasni bleh pergu cari album baru nie..Jom2

kumpulan Hijjaz:

Otai nasyid di Malaysia. Usaha Hijjaz untuk menubuhkan kumpulan nasyid seperti Inteam, unic, dan mestica sepatutnya diberi pujian. Semoga perniagaan Hijjaz terus maju dan terus mendidik ahli2 baru dalam industri nasyid. Semoga industri nasyid semakin diberi perhatian dalam negara.

kumpulan Nowseeheart:

Banyak jugak lagu nowseeheart yang best. P dah lama xdengar mereka keluarkan album baru. entah ada planning nak buat album baru ataupun tidak masih belum diketahui. Hope kumpulan ni masih lagi bergiat aktif dan meneruskan perjuangan dalam industri nasyid.Aminn...

kumpulan Raihan:

Bangga bila sahaja nama kumpulan raihan disebut. Nama raihan bukan sahaja meletup dalam negara, tetapi juga amat diminati di serata dunia. Walaupun anggota atau vokalis utama NAzrey telah memilih jalan untuk bergerak solo, harapan kepada anggota raihan yang lain supaya meneruskan martabat nasyik kita. Raihan adalah perintis nasyid kontemporari Malaysia. LAgu paling best ialah lagu iman mutiara yang tak akan saya lupa liriknya dari dahulu hinngalah sekarang.

0 comments:

Category List

Pages

Popular Posts


Catitan


Followers