Blogroll
Untuk Apa Blog? Sekadar Buat Duit Sahaja?
Tidak!
Ramai yang salah anggap, blog tujuannya hanya untuk buat duit. Ini adalah pegangan dan fahaman yang amat bahaya!
Ketahuilah, blog banyak tujuannya:
1. Membina rangkaian persahabatan secara online – personal blog
2. Memasarkan produk dan servis di internet – business blog
3. Buat duit dengan program affiliate dan adsense – making money blog
4. Berkongsi ilmu dan pengetahuan. Anda hebat dalam masakan? Blog satu medium yang amat berkesan untuk berkongsi resepi! – content blog
5. Berita terkini (politik, agama, perkembangan dunia..) – news blog
6. Membina kredibiliti dan menarik bakal pelanggan – business blog
Ya, itulah dia. Banyak tujuannya bukan? Cuma, untuk semua jenis blog itu, ia boleh menghasilkan pendapatan sampingan seperti meletak iklan adsense, menyewakan ruang iklan di blog dan program affiliate (letak banner, review..).
Jika anda adalah seorang usahawan internet, arkitek,penceramah, pensyarah, saintis, doktor, peguam, penulis, pengaturcara, ustaz, ulama’, tukang masak, cikgu sekolah, CEO, pengurus, peniaga eBay atau Lelong, ada shopping cart, seorang coach, atau siapa sahaja anda, maka anda memerlukan blog! Blog adalah salah satu komponen yang amat wajib untuk anda di dalam mencapai sesuatu tujuan samada untuk menarik trafik ke laman jualan anda, membina kredibiliti (tunjuk kepakaran), berkongsi ilmu, berita, dan sebagainya.
Maka jelas: Buat duit bukan matlamat utama, tetapi yang lebih penting adalah menguruskan blog agar kandungannya (content) bertambah, menarik trafik dan fokus kepada usaha memantapkan forum. Duit datang dengan sendirinya.
Tak faham? Kurang jelas? Macam ni.. Anda buat blog mengenai apa-apa topik dan tumpu kepada penulisan atau kandungan yang bermutu untuk blog tersebut. Bila sampai masanya, anda boleh membuat duit dengan blog tersebut. Blog adalah salah satu ‘tools’ yang amat disukai oleh enjin carian kerana ia mengandungi content yang unik dan sentiasa dikemaskini. Ini bermaksud, pengguna di internet pada asalnya adalah bertujuan mencari maklumat dan bukan untuk membeli. Maka, dengan blog, kita boleh menulis dan menulis, iaitu memberikan mereka maklumat percuma. Tetapi, dalam masa yang sama, kita boleh ‘mempromosikan’ produk kita pada blog tersebut.
Pendek kata, tujuan pertama dan sebenar buat blog BUKAN untuk buat duit.. Tetapi duit itu adalah kemudian dan akan datang ’sendiri’ kelak bila sampai masanya, dengan cara tertentu.
Ikuti langkah yang betul ini dalam membina sebuah blog:
1. Kaji dan buat perancangan
2. Bina (set-up) blog
3. Masukkan kandungan dan tarik trafik (pelawat)
4. Pastikan blog terus ada pembaca setia (beribu-ribu?)
5. Dan, kini anda sudah boleh buat duit dengan pelbagai cara
Dan bukan dengan bina blog dan terus menjual atau buat duit.. Tetapi, bina, ‘maintain’, masukkan kandungan yang bermutu dan unik serta dapatkan trafik yang tinggi. Kemudian, baru anda boleh ‘goyang kaki’
8/20/2009
|
Labels:
Blogger
|
Category List
Pages
Popular Posts
-
[Atas] Senibina adalah satu bidang yang menyatukan bidang seni dan bidang sains. Pekerja di bidang ini yang dikenali sebagai arkitek bertang...
-
Architects are sexiest What’s wrong with being sexy? Architects have been voted the sexiest male professionals in a survey of...
-
Balik dari solat terawih semalam, aku lepak depan tv, kebanyakan program tv bosan jek. dalam pukul 11, ada rancangan hip tv, yang...
-
Basic Config: Intel® Centrino® Duo mobile processor technology, featuring Intel® Core 2 Duo Processor T5500 (1.66GHz, 667FSB, 2MB L2 Cach...
-
Sejak mula bernyawa di dunia ini, manusia sejagat telah mula mengenali bidang senibina kerana ianya merupakan satu bidang terulung sebelum m...
-
Majalah Maskulin: Takrif Terkini Lelaki Muda Klik pada cover majalah untuk ke laman web majalah maskulin Majalah Maskulin merupakan sebuah...
-
am : Architecture Malaysia AM adalah satu jurnal daripada Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) Aku suka isu majalah arkitek nie keluaran ogos/ ...
-
fuhhh..lama da xupdate blog ni..cti sem da start da..ntah ape nak buat... xder idea lagi la nk tulis kat blog ni, time cuti2 ni la nak smbun...
-
Di bulan ramadhan ini, elok juga memperbanyakkan mendengar lagu2 nasyid berbanding lagu2 yang dari genre lain. Melalui pendengaran lagu2 nas...
About Me
Blog Archive
-
▼
2009
(56)
-
▼
August
(25)
- Ronda - ronda Kuala Lumpur
- Compiz Fusion dalam Hardy Heron
- Kusutkan minda anda...
- Tanda² lelaki telah benar² jatuh cinta
- Personaliti diri melalui tarikh lahir
- 5 kumpulan nasyid yang saya minat:
- Hip TV: Artis berpendidikan
- Irfan Khairi Jutawan Internet
- paper car craft
- How to Get Six Packs
- What is a Pen Drive?
- Untuk Apa Blog? Sekadar Buat Duit Sahaja?
- Malaysia's Richest:
- 5 lampu USB yang unik
- 5 majalah yang saya suka
- Dapat kereta spot sebagai hadiah hari jadi:-P
- 5 gajet saya
- ubuntu saya
- Dari Windows ke Ubuntu
- My Laptop: Acer Aspire 4710G
- Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan..
- Ubuntu pengganti terbaik microsoft
- 5 Laman sesawang mana yang paling best?
- 5 Jersey best
- 5 Handset Aku
-
▼
August
(25)
0 comments:
Post a Comment