Blogroll

Showing posts with label Artikel. Show all posts
Showing posts with label Artikel. Show all posts

Broadband or streamyx wireless?

Kali ni da masuk 3 kali da moderm wireless streamyx aku meletup kena kilat, kat Kelantan biasa r musim2 ni memg kilat n petir silih berganti datang... lagi2 musim banjir ni ( yahooo...dapat men air banjir)...

Kali ketiga meletup ni buat aku da malas lagi nak pakai wireless streamyx nie, mana tahan sekali meletup caj RM60 kena byr, RM60 kali 3 da RM 180, da bleh beli byk benda tu..bleh beli enset sebijik, lagi2 aku ni memg suka pakai enset macam2 jenis, beli majalah tgk macam2 jenis enset bwu keluar, kalo lah aku byk duit tingin nak beli semua enset yg canggih2 tu... ada gak angan2 nak bukak biznez gajet canggih ni nanti, p xtahu r dapat ke tak..tggu je la t...

Sepanjang ketiadaan wireless yg meletup tu, aku rasa bosan giler sebb xleh nak lyn Online, nasib bek member aku si Syafiq Syafine tu ada broadband, laptop dia lak buat hal, so aku amek r kesempatan pnjam dia punyer dulu... so, dapat la lyn facebook, laman sesawang yg menjadi kegilaan ramai org skrg ni...smpai PM Najib pon ada fb, kira bgus la bnda alah nie... Senang nak commnunicate ngan member2 n sekadar hiburan semata2..



Masalahnyer skrg, aku dalam dilema...sama ada nak pakai broadband or stremyx lg best..kalo nak ikot speed laju internet, streamyx kat umah ni memg r laju p xtahan ngan mudah meletup tu r...lg2 kalau la aku masuk next sem, xder saper pon kt umah yg pakai internet, so membazir jek r byr bulan2 rm 70, lg2 plak stremyx tu xleh bwk g mana2, juz kat umh jek..time cti best la...

Kalo nak cut stremyx tu pakai broadband, cam bila cuti masalah plak, pakai broadband kat umah aku ni memg lembap giler r... line xpower kot,.. tension nak tggu lama2...even bleh bwak p mana2, stu bradband tok satu pc jek, kalo pakai broadband, mesti adik n abg aku pon nak pakai gak, stu broadband da la mahal, bulan2 lak kena byr 3 kali gnda sebb ader 3 org, mati nak byr...kalo pakai wireless tu stu moderm byk laptop sekaligus,,,hehe


Kat umah aku ni dah ada 3 laptop, adk beradik aku masg2 ader, semua still student ag, so kena la pakai laptop, ayah aku lak ada laptop dia sendiri, p skrg masalah mother board lak rosak, ntah bila nak repair... bek beli laptop bru jek ( bajet byk duit jek....hehehe).

Anyway, stakat ni pakai streamyx la dulu, sbb still holiday, tgk la kalo ader rezeki, bodek bapak aku leh la pakai broadband lak kalo masuk sem depan..InsyaALLAH... setakat ni aku amat berpuas ati ngan streamyx yg laju kat umah ni... siap leh lyn tv tgk bola MU vs Besiktas smlm...p kalah..huhu..paper pon esok da Hari Raya Qurban.... Selamat HAri RAya Aidil Adha all... Moga ibadah qurban kiter diterima oleh ALLAH s.w.t...aminn...

T- Shirt Lettering Cina ( Architect )


Koleksi majalah yg best..

am: Architecture Malaysia


AM adalah satu jurnal daripada Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM)
Aku suka isu majalah arkitek nie keluaran ogos/ September, aku tertarik dengan cover depan dengan pic rekabentuk sebuah bangunan yang cun dan moden.. black n white... even majalah ni mahal dan susah nak dapat di kelantan, aku tetap belinya dengan harga RM 15.50.. rasenyer kat kedai buku popular kat K.B jek aku bleh dapat majalah nie, byk2 pic bangunan2 kat msia yg hebat2 dalam tu, xsangka plak kat Msia pun ada macam2 bgunan hebat cam tu.. Sebagai pelajar Archi rasenyer berbaloi kalau aku membeli majalah nie tiap2 bulan, byk2 idea2 design bleh dapat dalam tu... Memg berbaloi... Kertas majalah pun berkualiti, dgn hampir keseluruhan berwarna..Dalam keluaran ni aku plg suka idea concept n design " triple house"..

Stuff Malaysia (The world's Best- Selling Gadget Magazine)

Ops!... Jgn slah sgka, aku suka n beli majalah ni bukan sebb cover majalah nie letak pic model2 pmpuan yg hot n sexy, tp sebb majalah nie byk info pasal gajet2 terbaik kat msia n dunia... aku memg suka baca pasal gajet2 canggih n mewah kat market, teruja bila tgk pic2 gajet yg smart n power2, cuma xberkesempatan jek lg nak memiliki even stu gajet pon dalam majalah tu, hahaha.. da blom keje lg kan, kalo la skrg aku da makan gaji besar, tingin jek nak beli semua gajet2 tu, seng idup aku.. Tunggula nanti, akan aku miliki gak sume gajet2 tu... Kalo bleh, aku tingin nak ada bussiness jualan gajet2 nie, so bleh la nanti aku pakai mana2 gajet yg aku suka,, btol x??:-)

Ering : Info Handphone



Sama dengan majalah Stuff, Ering jugak byk info pasal gajet cuma lebih menumpukan/ pengkhususan kepada gajet handphone. Handphone boleh dikatakan gajet yg sudah menjadi keperluan kepada masyarakat hari ni, begitu jugak bg aku, memg gila jugak dengan handphone, setakat ni dah pakai 5 biji phone tp yg murah2 jek la, ada yg mahal ckit rosak plak, so skrg aku tgh mencari2 sebiji handphone yg best, latest, n ada ciri2 yg mantap tok gantikan henset aku yg rosak tu, cuma bajet jek kurg ag, so dgn pembelian majalah ering nie bleh la dibuat rujukan pasal ciri2 phone n compare kan harga phone dalam tu... kira bgus jugak la beli..

iProperty.com Malaysia
Malaysia's No.1 property & Real Estate


"designed to equip buyers with the know-how to confidently purchase luxury real estate and to make informed investment decisions in a number of Asia-Pacific’s most modern and exciting cities"... banyak pic pasal rumah2 kontemporari kat Msia & jugak International yg menyebabkan aku tertarik beli majalah nie...xrugi...

Kusutkan minda anda...


Beberapa tahun lepas Ramli jumpa seorang janda bernama Ramlah yang mempunyai anak dara bernama Jamilah. Ramli berkahwin dengan Ramlah dan Jamilah adalah anak tiri Ramli.

Selepas itu bapa kepada Ramli, Jamrud berkahwin dengan anak tiri Ramli, Jamilah. Ini membuatkan Jamilah, mak tiri kepadaRamli yang sebelum ini anak tirinya. Jadi ayah Ramli, Jamrud adalah anak tiri Ramli dan memjadikan Ramlah sebagai Mak Mertua kepada Bapak Mertuanya.

Selang beberapa bulan kemudian, Jamilah anak kepada isteri Ramli, Ramlah melahirkan anak lelaki, Jarul. Jadi Jarul adalah adik kepada Ramli. Tetapi Jarul adalah anak kepada Jamilah, anak kepada isteri Ramli, Ramlah. Menjadikan Jarul adalah cucu kepada isteri Ramli, Ramlah. Sekaligus menjadikan Ramli datuk kepada Jarul, adiknya. Itu tak seberapa lagi.

Selepas itu, Ramli dan Ramlah mendapat anak bernama Jayzee. Sekarang Jamilah, anak tiri Ramli dan juga Mak mertua Ramli menjadi kakak dan juga nenek kepada Jayzee. Jadi ayah Ramli, Jamrud menjadi abang ipar kepada anak Ramli yang mana kakak ipar Jayzee adalah isteri kepada ayah Ramli, Jadi sekarang, Ramli adalah abang ipar kepada emak mertuanya, isteri Ramli, Ramlah adalah makcik kepada anaknya sendiri, Jamilah... Anak Ramli, Jarul adalah sepupu kepada ayah Ramli, Jamrud dan Ramli adalah datuk kepada dirinya sendiri...
muahahahahahahahhahaha... .isk iskisk... .. nennooonennooo..neenooo..nenoooo..phewiiittttt tebabooooooooooo.. aku pening... .... aku sendiri naik fening menterjemahkan semua nih!! korg fhm ke hah?? huhuhu aku sndri xfhm...nape la kuarge dia cm gni...ahakz...

Tanda² lelaki telah benar² jatuh cinta


Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Bukan mudah untuk melihat lelaki menitiskan air mata.

Berikut merupakan tanda-tanda lelaki yang telah jatuh cinta dengan begitu mendalam...

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkankekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih daripada orang lain.

10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnyamelakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.

13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain dan dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun sekiranya dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan. HARGAILAH MEREKA.

Personaliti diri melalui tarikh lahir

Rahsia Tarikh Lahir Mengikut Bulan Kelahiran

OGOS

suka berlawak
mudah tertawan kepadanya
sopan santun, caring terhadap orang lain
berani dan tidak tahu takut
agak tegas dan bersifat berkepimpinan
pandai memujuk
terlalu pemurah dan bersikap ego
nilai harga diri sangat tinggi
dahagakan pujian
semanagt juang yang luar biasa
cepat marah dan mudah mengamuk teruma cakapnya dilawan
sangat cemburu
daya permehatian tajam dan teliti
cepat berfikir dan berdikari
suka memimpin juga dipimpin
suka barangan-angan
berbakat dalam seni lukis, hiburan, dan silat
sangat sensitif tetapi tak mudah merajuk
mudah mendapat penyakit
sentiasa belajar untuk relax
kelam kabut
romantik, pengasih dan penyayang
suka mencari kawan

Rahsia Tarikh Lahir Mengikut Haribulan

Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27
Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani. Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya. Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.


Rahsia Tarikh Lahir Lelaki Berdasarkan Bintang

LEO 9 (24 JULAI - 23 OGOS)
Orangnya: penyayang, warm hearted, tidak kedekut bila mahu berkongsi kesenangan dan kemewahan dengan org yg disayanginya. Jejaka Leo ini juga seorg yg ambitious, self-centered tapi tak ego...(jejaka leo memang gitu).
Tips utk memikat: sebagai perempuan, haruslah menunjukkan kewanitaan yg selembut-lembutnya. Kena tahu bagaimana menilai dan menghargai setiap ciri dan kualiti ada pada jejaka leo.
WARNING: Jgn.. saya ulangi.. JGN bercakap atau memuji lelaki lain di hadapan LEO. Mereka tak suka dibanding-bandingkan dengan org lain.. mereka tu sensitif! Sikit sikit tak boleh, nanti merajuk, balik bilang mak.


Berdasarkan pembacaan dari artikel di atas, aku dapati ada la jugak kot betul2 kena ngan ciri diri aku. Tapi xtahu la sejauh mana ketepatannya, mungkin rahsia2 camni boleh dijadikan panduan untuk lebih mengenali diri sendiri dan memantapkan lagi diri kita. Artikel cam nie gak boleh jugak dijadikan panduan untuk kita menjadi individu yang sentiasa bermotivasi dan tahu untuk bergaul dengan masyarakat sekeliling yang mungkin bezbeza personaliti diri dengan kita. Korang nak tahu rahsia tarikh lahir korang memalui bulan, hari bulan dan juga zodiak korang, boleh la click link di bawah. Setidak2 nya aku dah tahu serba sebanyak personaliti yang ada pada diri aku tapi aku tidak perasan akan kewujudunnya. Selamat mengenali diri korang masing2 k..

Irfan Khairi Jutawan Internet


Irfan Khairi merupakan seorang jururunding (consultant) yang menganjurkan seminar mengenai perniagaan melalui Internet.

Irfan Khairi mendapat ijazah Sarjana Muda Multimedia Design dari Staffordshire University, United Kingdom.

Selepas mendapat ijazah, Irfan telah menerima tawaran bekerja di salah satu syarikat IT terbesar di Birmingham, Netmedia (UK) Ltd [1]

. Sebagai pereka sistem multimedia dan perunding Internet, beliau merupakan salah seorang daripada pasukan yang bertanggungjawab mereka cipta sistem pembelajaran Internet untuk sekolah-sekolah di United Kingdom yang dinamakan Learning Grid. Pada ketika ini, lebih dari 5,000 sekolah-sekolah di United Kingdom menggunakan sistem Learning Grid tersebut.

Oleh kerana minat dan latar belakangnya yang mendalam dalam bidang Internet dan perniagaan, beliau memulakan perniagaannya sendiri di Internet secara sambilan pada tahun 1999.

Selepas mendapati pendapatan dari perniagaan Internetnya adalah lebih menguntungkan berbanding pendapatan bekerja 9-5, beliau mengambil keputusan untuk menumpukan perhatian kepada perniagaan Internet miliknya selepas 1 tahun beroperasi.

Semenjak itu, Irfan hanya bekerja sepenuh masa dari rumah dengan hanya menggunakan laptop dan Internet. Ketika itu beliau berumur 25 tahun.

Perniagaan Internet beliau di bawah nama IdeaBubble, sehingga kini telah berkhidmat untuk lebih dari 3,000 pelanggan dari serata dunia. Kebanyakannya dari USA, UK, negara-negara Eropah, hingga ke Timur Tengah, Jepun dan Australia! Antara perniagaan-perniagaan yang berjaya termasuk merekacipta E-book, merekacipta laman web dan grafik, perkhidmatan SEO (Search Engine Optimization), menjual peta, penempahan hotel dan juga perunding Multimedia, E-Niaga dan Pembelajaran.

Sehingga hari ini, Irfan Khairi masih bekerja sepenuh masa di keselesaan rumah menggunakan Internet sebagai sumber pendapatan bersama isteri dan sepasang cahaya mata.

Irfan Khairi turut menulis buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar sebagai cara menunjukkan cara dirinya dan jutawan-jutawan Internet yang lain menggunakan Internet sebagai sumber pendapatan yang lumayan.


Siapa tidak kenal dengan Irfan Khairi, seorang jutawan yang menjalankan perniagaan melalui internet semasa dia berusia 18 tahun lagi (hai baru lepas SPM) dan 7 tahun kemudia dia mencapai sasarannya untuk mendapatkan satu juta. Seorang yang tidak suka menunjuk-nunjuk dengan berimej simple berbeza dengan jutawan yang kita lihat berpakaian sentiasa kemas tetapi baginya tidak perlu dia berbuat demikian kerana dia tidak perlu berjumpa dengan pelanggan dalam berurusan.

Graduan dari Universiti Staffordshire, Britain yang pernah berkerja disebuah syarikat teknologi maklumat (IT) terbesar di Birmingham iaitu Netmedia (UK) Ltd ini telah menjalankan perniagaan internet yang melibatkan mereka bentuk e-book, grafik, laman web, SEO ( Search Engine Optimization), penempahan peta, penempahan hotel, perunding multimedia, e-niaga dan pembelajaran.

Apa yang dilakukan ini sebenarnya bermula dari minat yang mendalam dalam bidang IT yang menurut katanya kalau kita minat sesuatu perkara kita tidak akan sedar betapa lamanya masa yang kita ambil untuk membuatnya dan kita tidak akan merasa letih dan bosan dengan apa yang kita lakukan. Buku beliau yang bertajuk ‘Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar’ cukup laris untuk orang ramai mengkaji kejayaan yang dibuat oleh jutawan internet.

Category List

Pages

Popular Posts


Catitan


Followers