Blogroll

Irfan Khairi Jutawan Internet


Irfan Khairi merupakan seorang jururunding (consultant) yang menganjurkan seminar mengenai perniagaan melalui Internet.

Irfan Khairi mendapat ijazah Sarjana Muda Multimedia Design dari Staffordshire University, United Kingdom.

Selepas mendapat ijazah, Irfan telah menerima tawaran bekerja di salah satu syarikat IT terbesar di Birmingham, Netmedia (UK) Ltd [1]

. Sebagai pereka sistem multimedia dan perunding Internet, beliau merupakan salah seorang daripada pasukan yang bertanggungjawab mereka cipta sistem pembelajaran Internet untuk sekolah-sekolah di United Kingdom yang dinamakan Learning Grid. Pada ketika ini, lebih dari 5,000 sekolah-sekolah di United Kingdom menggunakan sistem Learning Grid tersebut.

Oleh kerana minat dan latar belakangnya yang mendalam dalam bidang Internet dan perniagaan, beliau memulakan perniagaannya sendiri di Internet secara sambilan pada tahun 1999.

Selepas mendapati pendapatan dari perniagaan Internetnya adalah lebih menguntungkan berbanding pendapatan bekerja 9-5, beliau mengambil keputusan untuk menumpukan perhatian kepada perniagaan Internet miliknya selepas 1 tahun beroperasi.

Semenjak itu, Irfan hanya bekerja sepenuh masa dari rumah dengan hanya menggunakan laptop dan Internet. Ketika itu beliau berumur 25 tahun.

Perniagaan Internet beliau di bawah nama IdeaBubble, sehingga kini telah berkhidmat untuk lebih dari 3,000 pelanggan dari serata dunia. Kebanyakannya dari USA, UK, negara-negara Eropah, hingga ke Timur Tengah, Jepun dan Australia! Antara perniagaan-perniagaan yang berjaya termasuk merekacipta E-book, merekacipta laman web dan grafik, perkhidmatan SEO (Search Engine Optimization), menjual peta, penempahan hotel dan juga perunding Multimedia, E-Niaga dan Pembelajaran.

Sehingga hari ini, Irfan Khairi masih bekerja sepenuh masa di keselesaan rumah menggunakan Internet sebagai sumber pendapatan bersama isteri dan sepasang cahaya mata.

Irfan Khairi turut menulis buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar sebagai cara menunjukkan cara dirinya dan jutawan-jutawan Internet yang lain menggunakan Internet sebagai sumber pendapatan yang lumayan.


Siapa tidak kenal dengan Irfan Khairi, seorang jutawan yang menjalankan perniagaan melalui internet semasa dia berusia 18 tahun lagi (hai baru lepas SPM) dan 7 tahun kemudia dia mencapai sasarannya untuk mendapatkan satu juta. Seorang yang tidak suka menunjuk-nunjuk dengan berimej simple berbeza dengan jutawan yang kita lihat berpakaian sentiasa kemas tetapi baginya tidak perlu dia berbuat demikian kerana dia tidak perlu berjumpa dengan pelanggan dalam berurusan.

Graduan dari Universiti Staffordshire, Britain yang pernah berkerja disebuah syarikat teknologi maklumat (IT) terbesar di Birmingham iaitu Netmedia (UK) Ltd ini telah menjalankan perniagaan internet yang melibatkan mereka bentuk e-book, grafik, laman web, SEO ( Search Engine Optimization), penempahan peta, penempahan hotel, perunding multimedia, e-niaga dan pembelajaran.

Apa yang dilakukan ini sebenarnya bermula dari minat yang mendalam dalam bidang IT yang menurut katanya kalau kita minat sesuatu perkara kita tidak akan sedar betapa lamanya masa yang kita ambil untuk membuatnya dan kita tidak akan merasa letih dan bosan dengan apa yang kita lakukan. Buku beliau yang bertajuk ‘Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar’ cukup laris untuk orang ramai mengkaji kejayaan yang dibuat oleh jutawan internet.

0 comments:

Category List

Pages

Popular Posts


Catitan


Followers