Blogroll

Compiz Fusion dalam Hardy Heron



1.Desktop Cube 3D.
Dalam gambar diatas, effek tambahan yang dimasukkan ialah 3D windows (anda dapat perhatikan paparan windows lebih ke depan menghasilkan 3D) dan image background bagi desktop cube yang dipanggil skydome. Antara item yang perlu diaktifkan dalam ccsm ialah;



Klik pada item Desktop Cube dan pilih tab Appearance ; Klik pada skydome ~ aktifkan skydome kemudian browse dan pilih gambar yang difikirkan sesuai sebagai background kepada Desktop Cube.



Disini, anda boleh aktifkan juga animasi skydome namun saya memilih untuk tidak mengaktifkannya.

OPTION: Dalam paparan yang sama, pilih tab Transparent Cube untuk aktifkan effek cube yang lutsinar.

Hasilkan paparan desktop cube dengan menekan pada keyboard : Ctrl + Alt + Klik (mouse dan gerakkan)

2.Effek 3D Windows Vista




Aktifkan item;


Klik pada Shift Switcher dan anda akan melihat paparan berikut;



Setkan Switcher mode kepada Flip dan effek windows vista ini akan boleh dihasilkan dengan menekan pada keyboard : Butang super + Tab

OPTION : Anda boleh customizekan effek reflection supaya bersesuaian dengan wallpaper dengan mengubah setting reflection.

3.Effek Scale = Effek Expose dalam Mac OSX (Himpunkan Windows yang Aktif)



Aktifkan item;


Klik pada Scale dan pilih tab Bindings;



Setkan Initiate Window Picker kepada F10. Untuk setkan keyboard shortcut ini, klik pada butang kanan ~ klik pada Grab Key Combination ~ Tekan pada keyboard apa jua butang yang difikirkan sesuai untuk aktifkan effek ini. Saya memilih F10.

Selepas selesai proses itu, untuk hasilkan effek ini anda hanya perlu tekan : F10 (kekungci keyboard yang anda pilih tadi dan bagi kes saya = F10)

4.Effek Negative.



Aktifkan item;


Untuk aktifkan effek ini, tekan pada keyboard : Butang Super + N (untuk aktif window) @ Butang Super + M (untuk keseluruhan desktop)

Effek negative ini sangat releven digunakan dalam keadaan anda bekerja dengan komputer dalam keadaan cahaya yang kurang, ditempat gelap dan seumpamanya.


..........~..........

Perkara Berkaitan

1.Sehingga sekarang ramai yang bertanya apakah itu Butang Super?? Pada keyboard anda terdapat satu kekunci yang mempunyai logo Windows padanya. Kekunci itulah butang super.

2.Komputer anda perlu dilengkapi dengan grafik kad yang disokong oleh compiz fusion dan ubuntu untuk membolehkan segala effek dalam tutorial ini berfungsi.

3.Cara paling mudah untuk anda "master" dalam cara-cara setting effek-effek ini ialah dengan mencuba sendiri mengubah setting-setting tertentu atau dengan kata lain, ekperimentasikan effek itu sendiri! Harus diingat, ingin tahu membunuh sikucing! Lakukan dengan hati-hati.

sumber:http://melayubuntu.blogspot.com/2008/05/compiz-fusion-dalam-hardy-heron.html

0 comments:

Category List

Pages

Popular Posts


Catitan


Followers