Blogroll
Untuk Apa Blog? Sekadar Buat Duit Sahaja?
Tidak!
Ramai yang salah anggap, blog tujuannya hanya untuk buat duit. Ini adalah pegangan dan fahaman yang amat bahaya!
Ketahuilah, blog banyak tujuannya:
1. Membina rangkaian persahabatan secara online – personal blog
2. Memasarkan produk dan servis di internet – business blog
3. Buat duit dengan program affiliate dan adsense – making money blog
4. Berkongsi ilmu dan pengetahuan. Anda hebat dalam masakan? Blog satu medium yang amat berkesan untuk berkongsi resepi! – content blog
5. Berita terkini (politik, agama, perkembangan dunia..) – news blog
6. Membina kredibiliti dan menarik bakal pelanggan – business blog
Ya, itulah dia. Banyak tujuannya bukan? Cuma, untuk semua jenis blog itu, ia boleh menghasilkan pendapatan sampingan seperti meletak iklan adsense, menyewakan ruang iklan di blog dan program affiliate (letak banner, review..).
Jika anda adalah seorang usahawan internet, arkitek,penceramah, pensyarah, saintis, doktor, peguam, penulis, pengaturcara, ustaz, ulama’, tukang masak, cikgu sekolah, CEO, pengurus, peniaga eBay atau Lelong, ada shopping cart, seorang coach, atau siapa sahaja anda, maka anda memerlukan blog! Blog adalah salah satu komponen yang amat wajib untuk anda di dalam mencapai sesuatu tujuan samada untuk menarik trafik ke laman jualan anda, membina kredibiliti (tunjuk kepakaran), berkongsi ilmu, berita, dan sebagainya.
Maka jelas: Buat duit bukan matlamat utama, tetapi yang lebih penting adalah menguruskan blog agar kandungannya (content) bertambah, menarik trafik dan fokus kepada usaha memantapkan forum. Duit datang dengan sendirinya.
Tak faham? Kurang jelas? Macam ni.. Anda buat blog mengenai apa-apa topik dan tumpu kepada penulisan atau kandungan yang bermutu untuk blog tersebut. Bila sampai masanya, anda boleh membuat duit dengan blog tersebut. Blog adalah salah satu ‘tools’ yang amat disukai oleh enjin carian kerana ia mengandungi content yang unik dan sentiasa dikemaskini. Ini bermaksud, pengguna di internet pada asalnya adalah bertujuan mencari maklumat dan bukan untuk membeli. Maka, dengan blog, kita boleh menulis dan menulis, iaitu memberikan mereka maklumat percuma. Tetapi, dalam masa yang sama, kita boleh ‘mempromosikan’ produk kita pada blog tersebut.
Pendek kata, tujuan pertama dan sebenar buat blog BUKAN untuk buat duit.. Tetapi duit itu adalah kemudian dan akan datang ’sendiri’ kelak bila sampai masanya, dengan cara tertentu.
Ikuti langkah yang betul ini dalam membina sebuah blog:
1. Kaji dan buat perancangan
2. Bina (set-up) blog
3. Masukkan kandungan dan tarik trafik (pelawat)
4. Pastikan blog terus ada pembaca setia (beribu-ribu?)
5. Dan, kini anda sudah boleh buat duit dengan pelbagai cara
Dan bukan dengan bina blog dan terus menjual atau buat duit.. Tetapi, bina, ‘maintain’, masukkan kandungan yang bermutu dan unik serta dapatkan trafik yang tinggi. Kemudian, baru anda boleh ‘goyang kaki’8/20/2009 | Labels: Blogger | 0 Comments
Malaysia's Richest:
- Robert Kuok - $10 billion (Kuok Empire, Shangri La, Wilmer International etc)
- Ananda Krishnan - $7.2 billion (Maxis, Astro)
- Lee Shin Cheng - $5.5 billion (IOI Group)
- Teh Hong Piow - $3.5 billion (Public Bank)
- Lee Kim Hua & family - $3.4 billion (Genting Berhad, widow of late Lim Goh Tong)
- Quek Leng Chan - $2.4 billion (Hong Leong Group, Guoco Group)
- Yeoh Tiong Lay & family - $2.1 billion (YTL Corp)
- Syed Mokhtar AlBukhary - $1.8 billion (MMC, Johor Port, Malakoff)
- Vincent Tan - $1.3 billion (Berjaya Group)
- Tiong Hiew King - $1.1 billion (Rimbunan Hijau)
Dalam top 10 org paling kaya kat Malaysia, sorg jek org melayu... Bila la org melayu agaknyer nak jadi yang first. Artikel ni saya edit sebagai motivasi untuk diri sendiri dan rakyat Malaysia khususnya org Melayu. Mungkin nama SYAFIQ BIN CHE HASSAN t bleh masuk dalam list nie. Mana lah tahu kan, hahaha.... Tak mustahil tu... Bak kata Tony Fernandes, CEO Air Asia, Kalo xder angan2, xder la tenaga untuk memulakan sesuatu.. so start lah berangan2 sekarang.. jap ek.. Aku nak berangan jap.. sementara saya berangan, korg bleh la baca pesanan dari Tan Sri Syed Mokhtar tok anda semua..
25 Perkara Dari Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarkatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan
2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.
3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.
4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.
5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.
6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.
7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.
8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.
9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.
10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo , New York dan London . Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?
11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.
12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.
13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah
14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.
15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !
16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak .
17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.
18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.
19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.
20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.
21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.
22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).
23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.
24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.
25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.
8/20/2009 | Labels: Diari | 0 Comments
5 lampu USB yang unik
It’s reasonable to assume that the lamp will make Amazing USB Snakecam
Flex Neck USB travel lamp
Great Point Light has the perfect travel light for your laptop - it’s a handy little Flex Neck USB travel lamp which can plug into your USB port on your laptop to brighten up your space without being obnoxious to those who may be sitting next to you on that red eye flight. While the glow of the screen may be okay for some people, not everyone likes that to be the only source of light, and if you’re not that great at typing, the travel lamp can make it easier to see your keyboard. I know for me it would be incredibly useful - I don’t need to see to type, but I get a headache if I work too long in a dark room with only my screen lighting my way.
It’s also handy once you get to your hotel room because you can clip in onto a book for reading or a nightstand while you fill out some paperwork.
Ultra Modern USB Lamp - I-Lumex LED lamp for your PC
Shed some cool light on contemporary style with the I-Lumex ultra-modern lamp that comes with its own USB port. Created by designer Denis Santachiara for Italian company Antonangeli Illuminazione, this LED lamp is the perfect complement to your PC. Made of soft, tactile silicone in red, lavender, graphite and white hues, these versatile, multifunctional and user-friendly lamps are fully flexible and adjustable, literally bending over backwards to meet your lighting needs. The low-power consumption and high light output of the LED light combine to deliver 50,000 hours of illumination. Check out this ultra-modern USB lamp at Antonangeli Illuminazione.
8/18/2009 | Labels: 5 benda | 0 Comments
5 majalah yang saya suka
Klik pada cover majalah untuk ke laman web majalah maskulinMajalah Maskulin merupakan sebuah majalah berbahasa Melayu yang diterbitkan di Malaysia. Ia diterbitkan secara bulanan.Majalah Maskulin merupakan sebuah majalah berkonsepkan gaya eksekutif moden yang diterbitkan setiap bulan. Majalah Maskulin mengkhusus dalam berita perkembangan lelaki yang berjaya. Maskulin menawarkan tips, rujukan, maklumat mengenai trend gaya hidup terkini.Maskulin merupakan salah satu bahan cetakan terbitan Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, Malaysia. Saya sempat jadi model yang x dijemput untuk menjadi cover majalah maskulin, rosak cover majalah ni ngan muka aku....hahaha.Da la tajuk pada cover ni xbleh blah, ni semua kerja krew majalah tersebut.
Majalah PC: "Sumber komputer, internet dan multimedia"
Klik pada cover majalah untuk ke laman web majalah PC
Majalah PC merupakan sebuah majalah berbahasa Melayu yang diterbitkan di Malaysia. Ia diterbitkan secara bulanan. Ia merupakan majalah khusus dalam bidang komputer dan diterbitkan secara bulanan. "Sumber komputer, internet dan multimedia" merupakan motto bagi majalah ini.Majalah ini berharga RM4.80 di Semenanjung Malaysia dan RM5.80 di Sabah/Sarawak. Ia diterbitkan oleh Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd.Ia merupakan majalah berbahasa Melayu tentang komputer paling laris jualannya di Malaysia. Saya tidak akan ketinggalan membeli majalah ni tiap2 bulan kerana pelbagai tips dan panduan dapat saya jadikan rujukan untuk meningkatkan pengetahuan dalam bidang ICT
Majalah Arena Bola Sepak:
Majalah Arena Bola Sepak merupakan sebuah majalah berbahasa Melayu yang diterbitkan di Malaysia. Arena Bola Sepak menumpukan mengenai perkembangan arena bolasepak tempatan, dan antara bangsa. Ia turut meninjau kehidupan sebenar pemain-pemain terkenal.Arena Bola Sepak merupakan salah satu bahan cetakan terbitan Kumpulan Karangkraft Sdn Bhd, Malaysia. Majalah ni selalu saya beli ketika zaman sekolah dan selalu kumpul poster pemain terkenal tok jadi cover buku log saya ketika sekolah.hehehe... Rindu zaman sekolah yg mana saya aktif bermain bola sepak sekitar negeri kelantan.
Majalah Anjung Seri:
Majalah Anjung Seri merupakan sebuah majalah berbahasa Melayu yang diterbitkan di Malaysia. Ia merupakan majalah khusus untuk hiasan dalaman dan diterbitkan secara bulanan. Ia merupakan majalah hiasan dalaman nombor 1 di Malaysia dan diterbitkan semenjak tahun 1993. "Mewarna dan menyeri" merupakan motto bagi majalah ini. Majalah ini juga diedarkan di negara jiran seperti Singapura.Majalah ini berharga RM8.50 di Semenanjung Malaysia, RM11.00 di Sabah/Sarawak, dan S$6.90 di Singapura. Ia diterbitkan oleh Berita Publishing Sdn Bhd.
Majalah wisel:
Wisel! merupakan sebuah majalah berbahasa Melayu di Malaysia. Ia merupakan majalah khusus untuk sukan bola sepak dan diterbitkan sebulan tiga kali iaitu pada 5, 15 dan 25 haribulan. Majalah ini dijual dengan harga RM 4.00 senaskah. Majalah ini mula diterbitkan pada tahun 2002. Majalah ini sebuah terbitan SWSB.
8/18/2009 | Labels: 5 benda | 0 Comments
Dapat kereta spot sebagai hadiah hari jadi:-P
Inilah adiah ari jadi aku pada 14 ogos yg lepas, sebuah kereta spot,ntah kereta model pe aku xtahu, kat atas kete tu tertulis "gasoline'. Mungkin korang boleh bgtahu aku model kereta ni. Nampak cam kete racing.Esok aku nak pergi daftar no plat kete aku ni. Hadiah yang amat bermakna daripada umie aku..hahaha.. Ari ni dapat model, tggu beberapa tahun ag boleh la aku beli kereta betul nak bawak umie aku p jalan2 dengan kete aku:-)
8/18/2009 | Labels: Diari | 4 Comments
5 gajet saya
Acer Aspire 4710G Laptop


Canon Digital Camera
Sony Mp3 Player (red) 
Edifier speaker
5 senarai gajet yang saya miliki. Sayang semua gajet2 ni yang banyak membantu saya dalam pelbagai aplikasi kehidupan. Dapat melayari internet dengan laptop, gayut dengan my mobile phone, snap pic yang best dgn camera digital, layan lagu jiwang dgn mp3 player dan jugak pecahkan ruang tidur aku semata2 mendengar lagu kegemaran dengan speaker edifier.8/17/2009 | Labels: 5 benda | 0 Comments
ubuntu saya
Desktop background amat mudah sekali diubah2 beserta dengan tema ubuntu yang amat menarik.Tema yang saya guana kan ialah Mac 4lin. Desktop ni gak boleh dirotate sesuka hati untuk menguruskan sesuatu aplikasi yang dibukak dapat diurus dengan baik dan pantas. Semenjak menggunakan ubuntu, penggunaan tenaga dan masa dapat dijimatkan dengan adanya pelbagai aplikasi yang pantas. Best kan?


Perisian Rhythmbox Music Player
Pemain muzik dengan papasran yang senang dikendalikan, menarik, dan effisien.

Software Pidgin Internet Massenger (YM) dan VLC Player
YM dan VLC juga dapat digunakan dalam ubuntu tanpa masalah malah lebih bagus

8/17/2009 | Labels: ubuntu | 0 Comments
Category List
Pages
Popular Posts
-
[Atas] Senibina adalah satu bidang yang menyatukan bidang seni dan bidang sains. Pekerja di bidang ini yang dikenali sebagai arkitek bertang...
-
Basic Config: Intel® Centrino® Duo mobile processor technology, featuring Intel® Core 2 Duo Processor T5500 (1.66GHz, 667FSB, 2MB L2 Cach...
-
Architects are sexiest What’s wrong with being sexy? Architects have been voted the sexiest male professionals in a survey of...
-
C-Shaped USB Desk Lamp is a Great Laptop Accessory It’s reasonable to assume that the lamp will make reading those hard copies a lot ...
-
Anybody out there who want to develop a six pack? Well obviously there must be many out there. And I bet that most of them don’t know where ...
-
Irfan Khairi merupakan seorang jururunding ( consultant ) yang menganjurkan seminar mengenai perniagaan melalui Internet. Irfan Khairi mend...


