Blogroll
Seni Bina - Arkitek
Sejak mula bernyawa di dunia ini, manusia sejagat telah mula mengenali bidang senibina kerana ianya merupakan satu bidang terulung sebelum manusia mengenali persekitarannya yang lain. Walaupun manusia pada mulanya hanya mendiami gua semulajadi kurniaan Allah, tetapi bermula di situlah mereka sudah mengenali keperluan ruang peribadi mereka. Bermula dari itulah manusia sudah menggunakan kebijaksanaanya menyediakan ruang peribadinya mengikut citarasa dan keperluannya sendiri. Maka termaktublah bukti nyata bahawa bidang senibina adalah satu bidang profesion tertua dan terulung manusia di dunia ini. Setelah menjangkau satu jangkamasa berabad lamanya, sejarah pembangunan senibina di dunia ini telah berkembang begitu hebat sekali. Di Malaysia khususnya, sejarah pembangunan senibinanya pula telah menjadi satu bidang yang kritikal sebagai asas terpenting untuk menilai satu hakikat persekitaran dalam memenuhi segala bentuk permintaan untuk melahirkan persekitaran alam bina dan suasana kehidupan sejahtera yang dihajati. Di dalam sektor pembangunan dan perkembangan ekonomi, bidang senibina sudah mencapai tahap yang memerlukan satu perancangan mantap program pembangunan perbandaran dan persekitaran lainnya seperti tempat kediaman, tempat bekerja, tempat belajar dan tempat beribadat, yang semuanya memerlukan satu perincian perancangan yang tersendiri mengikut kehendaknya sendiri sebagai menepati keperluan penghuninya yang pelbagai. Mutakhir ini, setelah melalui satu proses panjang dengan sejarah perkembangan senibinanya sendiri, pengaruh teknologi senibina moden dari negara luar pula telah menjadi salah satu asas atau faktor yang bertanggungjawab mempengaruhi perancangan dan rekabentuk senibina tempatan. Justru itu bidang senibina merupakan satu bidang yang begitu luas dan ianya perlu dilihat dalam pelbagai sudut kerana ia merangkumi pelbagai bidang. Setiap orang mempunyai persepsi yang berlainan mengenai bidang senibina. Walaubagaimanapun ia tetap mempunyai satu matlamat iaitu untuk melahirkan satu suasana persekitaran tertentu kehidupan manusia di dunia ini. Oleh itu, seni di dalam bidang senibina yang lebih dikenali sebagai ‘mother of all art’, perlu dipelopori golongan karyawannya yang bergelar ‘Arkitek’ dengan penuh berhemah, bertanggungjawab dan benar-benar berdidikasi. Profesion Arkitek merupakan satu profesion yang menarik yang menjanjikan kepuasan emosi yang tinggi setiapkali berkarya, yang tidak setanding cabang seni yang lain. Namun untuk menjadi seorang Arkitek yang disegani, seseorang Arkitek perlulah memberikan satu komitmen yang tinggi dalam melaksanakan tugasnya. Tanggungjawab seorang Arkitek terhadap Pelanggannya dan tanggungjawabnya mencipta rekabentuk senibinaan yang bermutu tinggi adalah sebagai asas melahirkan satu persekitaran yang berpengaruh di dalam masyarakat. Keupayaan mencipta dan merekabentuk bangunan dengan berbekalkan asas ilmu secara teori sahaja tidak mencukupi untuk melahirkan seorang Arkitek yang baik. Seorang Arkitek bukan sahaja perlu memahami teori rekabentuk tetapi mesti juga berwibawa melaksanakan tugas-tugasnya untuk memastikan bangunan rekabentuknya berjaya dibina di tapak. Oleh yang demikian, mengetahui dengan lebih mendalam asas berkaitan praktis profesional atau praktis senibina adalah sesuatu yang dimestikan. Untuk menjadi seorang Arkitek Profesional, ia mesti cekap dan berwibawa dalam melaksanakan peranannya kepada masyarakat. Kecekapannya dalam pengurusan kontrak sebagai contoh, adalah salah satu peranan yang telah dipertanggungjawabkan oleh masyarakat kepadanya.
11/30/2009
|
Labels:
Archikidz
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Category List
Pages
Popular Posts
-
[Atas] Senibina adalah satu bidang yang menyatukan bidang seni dan bidang sains. Pekerja di bidang ini yang dikenali sebagai arkitek bertang...
-
Architects are sexiest What’s wrong with being sexy? Architects have been voted the sexiest male professionals in a survey of...
-
Basic Config: Intel® Centrino® Duo mobile processor technology, featuring Intel® Core 2 Duo Processor T5500 (1.66GHz, 667FSB, 2MB L2 Cach...
-
Balik dari solat terawih semalam, aku lepak depan tv, kebanyakan program tv bosan jek. dalam pukul 11, ada rancangan hip tv, yang...
-
Sejak mula bernyawa di dunia ini, manusia sejagat telah mula mengenali bidang senibina kerana ianya merupakan satu bidang terulung sebelum m...
-
Majalah Maskulin: Takrif Terkini Lelaki Muda Klik pada cover majalah untuk ke laman web majalah maskulin Majalah Maskulin merupakan sebuah...
-
fuhhh..lama da xupdate blog ni..cti sem da start da..ntah ape nak buat... xder idea lagi la nk tulis kat blog ni, time cuti2 ni la nak smbun...
-
am : Architecture Malaysia AM adalah satu jurnal daripada Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) Aku suka isu majalah arkitek nie keluaran ogos/ ...
-
Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang dian...
About Me
Blog Archive
-
▼
2009
(56)
-
▼
November
(13)
- Kerjaya Di Bidang Senibina
- Seni Bina - Arkitek
- Collection of Architecture Videos
- Architects are hotter than regular people
- Qurban di Kg Kok Jering.. Selamat Hari Raya Aidiladha
- Broadband or streamyx wireless?
- T- Shirt Lettering Cina ( Architect )
- kijang vs rusa
- Akhirnya... Ubuntu Karmic Koala 9.10 dapat dinikma...
- Tiket ke kajang
- Koleksi majalah yg best..
- Splitter moderm wireless dipanah petir...kali kedua
- Bukit Jalil... Jom pakat2 tgk bola final kelate vs...
-
▼
November
(13)
0 comments:
Post a Comment