Blogroll
Qurban di Kg Kok Jering.. Selamat Hari Raya Aidiladha
Selepas balik dari solat hari raya, abah aku terus menyuruh aku menyalin pakaian, pakai tshirt n jeans jek, t senang nak tolong buat kerja kat tempat sembelihan nanti. Dalam pukul 9 lebih, kitorang samapai kat rumah atok sedara aku ( pak dho) di Kg Kok Jering. Melihat kelibat beberapa orang lagi sedara mara lain yang turut berkongsi bahagian dalam ibadah qurban nanti.
Ada gak sedara mara yang tak berapa aku kenal, hanya ingat2 lupa jek. Maklumla, semua ada kerjaya masing2 n kerja luar dari Kelantan.
Sebelum penyembelihan lembu, ayah aku dan beberapa sedara mara lagi melakukan urusan jual beli lembu yang nak disembelih. Satu ilmu dan pengalaman yang sebelum ini aku amat cetek pasal ibadah qurban ni, awalnya harga lembu dikatakan satu bahagian lebih kurang RM300, oles sebab sesama saudara mara, tuan punyer lembu hanya ambil bayaran RM250 jek... RM250 dikalikan dengan 7 bahagian, kiranya harga lembu tu RM1750.. Lumayan gak harga sekor lembu ni, tu pon da kira agak murah jika nak dibandingkan dengan saiz dan keadaan fizikal lembu yang agak baik dari pengamatan aku.
Lebih kurang pukul 10.40 pagi. tukang sembelih tiba untuk melakukan sembelihan, kepala lembu diikat dan ditambat pada sebatang pokok, sebelah kaki belakang juga diikat dan sebelah lagi kat kaki depan. Bila tali bahagian kaki depan ditarik, lembu tu kira da separuh rebah, dan bila jek tali kaki belakang ditarik, lembu tu da mula meggelepar, akhirnya rebah la kat tanah. Dalam 5- 6 oang gak r yang diperlukan utk merebahkan seekor lembu untuk menyenangkan kerja penyembelihan. Aku juz tolong tarik kaki belakang lembu jek, awal2 dok jauh ckit, mana la tahu tali terlepas xpasal2 lak lembu tu p terkam aku..hahaha..
Allahuakbar...... Allahuakbar...Allahuakbar......
Takbir dilaungkan oleh tukang sembelih sebelum pisau dikeluarkan untuk memutuskan urat merih lembu tersebut. Pisau dikeluarkan dari arah belakang lembu tu direbahkan agar pisau tu tak dilihat oleh si lembu yang bertuah tu, dengan lafaz Basmalah pisau diletakkan di leher lembu dan ditarik 2-3 kali maka dilepaskan, terpancut la darah dengan agk kuat keluar dari leher tersebut.. Rasa kasihan lak tengok lembu tu bila mata nyer terkebil2 mungkin menahan kesakitan akibat sembelihan tersebut, satu pengalaman yang jarang boleh aku lihat.
Lebih kurang 5 minit, da hampir habis darah keluar dari leher lembu tu, maka perlahan2 lembu tu rebah, da xmampu nak berdiri tegak seperti 5 minit sebelumnya. Maka bermulalah pulak aktiviti melapah kulit lembu tu, aku juz pegang kaki lembu tu untuk menyenangkan aktiviti menyiat kulit lembu tu.
Agaknyerlah, lembu tu lembu baik, sebb aku tgk bila hati lembu dikeluarkan, keadaan lembu tu agak baik, segar dan bersih bersinar. Ahli syurga kot lembu tu nanti. Sama2 la doakan lembu tu ahli syurga dan ibadah korban kami semua diterima oleh ALLAH s.w.t. InsyaALLAH...
Da siap semua anggota badan lembu diceraikan, mula lah daging2 tersebut diasingkat kepada 7 bahagian, daging kelihatan elok2 n segar,,.. mmm...yumm... lebh krg pukul 12.50, siap semua ibadah korban dilakukan. Aku, ayah n abang aku terus memasukkan daging kedalam bonet kereta dan memecut kereta balik ke rumah sebab nak menunaikan solat jumaat lak.Kebetulan Hari Raya Aidilaha thn ni jatuh hari jumaat, lagi bertambah lah keberkatan ibadah korban tahun ni agknyer.InsyaALLAH.
Ptg tu keluarga aku dan sedara mara lain makan nasi bersama dengan lauk semuanya daging tapi cara masakan yg berlainan, alamtnya mabuk daging la aku sehari dua nie. Selepas tu aku n ayah aku pergi membahagikan daging kepada sedara mara kat kmpg yg xmelakukan korban thn ni. Moga2 lah ibadah tahun ni diberkati dan diberi ganjaran yang setimpal seadanya oleh ALLAH s.w.t. Harap tahun2 mendatang aku dapat lagi melalui ibadah korban yang besar ganjaran nya di sisi ALLAH s.w.t. Amin....
11/27/2009
|
Labels:
Diari
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Category List
Pages
Popular Posts
-
[Atas] Senibina adalah satu bidang yang menyatukan bidang seni dan bidang sains. Pekerja di bidang ini yang dikenali sebagai arkitek bertang...
-
Architects are sexiest What’s wrong with being sexy? Architects have been voted the sexiest male professionals in a survey of...
-
Balik dari solat terawih semalam, aku lepak depan tv, kebanyakan program tv bosan jek. dalam pukul 11, ada rancangan hip tv, yang...
-
Basic Config: Intel® Centrino® Duo mobile processor technology, featuring Intel® Core 2 Duo Processor T5500 (1.66GHz, 667FSB, 2MB L2 Cach...
-
Sejak mula bernyawa di dunia ini, manusia sejagat telah mula mengenali bidang senibina kerana ianya merupakan satu bidang terulung sebelum m...
-
Majalah Maskulin: Takrif Terkini Lelaki Muda Klik pada cover majalah untuk ke laman web majalah maskulin Majalah Maskulin merupakan sebuah...
-
fuhhh..lama da xupdate blog ni..cti sem da start da..ntah ape nak buat... xder idea lagi la nk tulis kat blog ni, time cuti2 ni la nak smbun...
-
am : Architecture Malaysia AM adalah satu jurnal daripada Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) Aku suka isu majalah arkitek nie keluaran ogos/ ...
-
Di bulan ramadhan ini, elok juga memperbanyakkan mendengar lagu2 nasyid berbanding lagu2 yang dari genre lain. Melalui pendengaran lagu2 nas...
About Me
Blog Archive
-
▼
2009
(56)
-
▼
November
(13)
- Kerjaya Di Bidang Senibina
- Seni Bina - Arkitek
- Collection of Architecture Videos
- Architects are hotter than regular people
- Qurban di Kg Kok Jering.. Selamat Hari Raya Aidiladha
- Broadband or streamyx wireless?
- T- Shirt Lettering Cina ( Architect )
- kijang vs rusa
- Akhirnya... Ubuntu Karmic Koala 9.10 dapat dinikma...
- Tiket ke kajang
- Koleksi majalah yg best..
- Splitter moderm wireless dipanah petir...kali kedua
- Bukit Jalil... Jom pakat2 tgk bola final kelate vs...
-
▼
November
(13)
0 comments:
Post a Comment