Blogroll

Kerjaya Di Bidang Senibina

Senibina adalah satu bidang yang menyatukan bidang seni dan bidang sains. Pekerja di bidang ini yang dikenali sebagai arkitek bertanggungjawab di dalam mereka bentuk bangunan, susunan kawasan Bandar dan luar Bandar, merancang kemudahan asas dan menganggar kos projek.


Keterangan Tugas

Mengenalpasti keperluan-keperluan pelanggan seperti peruntukan projek, kegunaan bangunan dan bila bangunan hendak digunakan;
Menyedia pelan atur dan menentukan cirri-ciri senibina luar, memilih bahan-bahan dan menyediakan pelan hiasan;
Menyelaras rekabentuk struktur, mekanik dan elektrik;
Menyedia pelan-pelan dan spesifikasi untuk kontraktor dan memastikan bahawa rekabentuk mematuhi undang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta mendapatkan kelulusan rekabentuk dan pembinaan dari PBT;
Memastikan bangunan yang dibina mengikut spesifikasi, kemajuan kerja mengikut jadual dan perbelanjaan projek tidak melebihi peruntukan;
Memastikan bangunan yang dibina mendapat kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik, telefon dan sebagainya;


Pekerjaan Yang Dikelas Di Bidang Ini Di Antaranya:

arkitek perancang bandar
arkitek landskap
arkitek jurukur bahan
arkitek kapal
arkitek marin
arkitek bangunan


Ciri-Ciri Peribadi

Kemampuan dalam analisa logik pengurusan dan pengaturan;
Kefahaman dalam matematik, sains, fizik, sejarah dan kesenian;
Kebolehan menyelesaikan masalah;
Kreatif dan imaginatif;
Boleh menganalisa secara logik;
Mempunyai daya pemerhatian yang tajam.


Kelulusan

Ijazah Sarjana Muda Senibina

Gaji Dan Faedah-Faedah Lain

Sektor Awam :
Gaji Permulaan
RM 1,591.00
ETP
RM 165.00
EKA
RM 170.00


Sektor Swasta :
Gaji Permulaan
RM 3,280.00 - RM 4,000.00


Peluang Pekerjaan Dan Prospek

Semua arkitek yang sedang berkhidmat masih berdaftar dengan Persatuan Arkitek Malaysia (PAM). Peluang pekerjaan terdapat di sektor awam dan swasta. Peluang di sektor awam seperti di Jabatan Kerja Raya, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA), Bandaraya, Perbadanan Kemajuan Negeri dan Institusi-institusi Pengajian Tinggi.

Di sektor swasta kebanyakan peluang pekerjaan terdapat di firma-firma arkitek.

Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut -

Universiti Malaya
Universiti Teknologi Malaysia
Universiti Teknologi Mara
Universiti Pertanian Malaysia
Politeknik Ungku Omar
Politeknik Sultan Hj. Ahmad Shah Kuantan
Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Jitra
Politeknik Port Dickson
Kolej Tunku Abdul Rahman


Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Swasta Yang Menyediakan Kursus Tersebut:-

L&G - Twintech Institute Of Technology
Lim Kok Wing Institute Of Creative Technology
Taylors College
Alif Creative Academy

Syarat-Syarat Kemasukan

SPM atau setaraf sekurang-kurang 3 atau 5 kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia atau STPM sekurang-kurangnya gred E dalam Kertas Am, Matematik, Fizik atau berkaitan.

Pembantu Teknik Senibina

Keterangan Tugas

Melawat dan menyiasat kesesuaian tapak binaan
Membantu menyediakan pelan lakar dan spesifikasi untuk kontraktor
Membantu menyedia pelan atur dan ciri-ciri senibina luar, memilih bahan dan menyediakan pelan hiasan.
Membantu tugas-tugas arkitek sebagaimana yang diarahkan

Ciri-Ciri Peribadi

Kemampuan dalam analisa logik pengurusan dan pengakuan
Kefahaman dalam matematik, sains, fizik, sejarah dan keseniaan.
Kebolehan menyelesaikan masalah.
Kreatif dan imaginatif.
Boleh menganalisa secara logik
Mempunyai daya pemerhatian yang tajam


Kelulusan

Diploma dalam bidang senibina atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Gaji Dan Faedah-Faedah Lain

Sektor Awam :
Gaji Permulaan
RM 1113.00
ETP
RM 135.00
EKA
RM 115.00


Sektor Swasta :
Gaji Permulaan
RM1560.00 - RM2000.00


Peluang Pekerjaan Dan Prospek

Peluang pekerjaan sebagai Pembantu Teknik Senibina terdapat di sektor awam dan swasta . Peluang di sektor awam seperti di Jabatan Kerja Raya, Perbadanan Kemajuan Negeri dan Lain-lain lagi.

Di sektor swasta kebanyakan peluang pekerjaan terdapat di firma-firma arkitek

Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus-Kursus Antaranya:-

Universiti Teknologi Malaysia
Universiti Teknologi MARA
Politeknik Ungku Omar Ipoh
Politeknik Sultan Ahmad Shah Kuantan
Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Jitra
Politeknik Port Dickson

Institusi Pengajian Tinggi Swasta Yang Menyediakan Kursus Antaranya:-

1. L&G Twintech Institute Of Technology
2. Federal Institute Of Technology
3. Taylor's College
4. Alif Creative Academy
5. Institut Teknologi Jaya
6. Institut Teknologi Pertama


Syarat Kemasukan

SPM atau yang setaraf dan sekurang-kurangnya mendapat 3 hingga 5 kepujian termasuk mata pelajaran Bahasa Malaysia.

Penyelia Kerja

Penyeliaan kerja adalah khusus kepada kerja-kerja penyeliaan di tapak pembinaan untuk memastikan hasil kerja-kerja dan bahan yang digunakan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

Keterangan Tugas

Menerima arahan daripada arkitek atau jurutera mengenai program kerja
Memastikan kerja-kerja mengikut spesifikasi
Mengukur jarak untuk menentukan dimensi pemasangan struktur dan susunan adalah betul.
Menentukan tahap-tahap yang ditentukan, kelulusan dan ketinggian pemasangan depan menggunakan pita dan peralatan
Menyimpan rekod kuantiti bahan-bahan yang diterima atau yang digunakan pada tempoh yang ditetapkan.
Menyelenggara log aktiviti pembinaan dan pemeriksaan dan membandingkan laporan-laporan kemajuan.

Ciri-Ciri Peribadi

Pendekatan yang berimaginasi dan boleh menyelesaikan masalah
Kemampuan untuk berfikir dalam istilah matematik dan abstrak
Ketepatan dalam kerja
Kecenderungan kepada bidang mekanik
Berkemahiran berkomunikasi dan menjalankan hubungan perseorangan yang baik.
Kebolehan bekerja berpasukan
Minda yang kreatif dan analitik
Kemampuan dalam perincian



Kelulusan

Memiliki Sijil SPM serta dengan Sijil Bangunan atau Sijil Kejuruteraan Awam

Gaji Dan Faedah-Faedah Lain

Sektor Awam :
Gaji Permulaan
RM 599.00
ETP
RM 90.00
EKA
RM 80.00


Sektor Swasta :
Gaji Permulaan
RM1630 - RM2327


Institusi Pengajian Awam Yang Menyediakan Kursus:-

1. Kolej Tunku Abdul Rahman
2. Politeknik Ungku Omar
3. Politeknik Sultan Ahmad Shah
4. Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah
5. Politeknik Kota Bharu
6. Politeknik Kuching
7. Politeknik Kota Kinabalu
8. Politeknik Melaka


Institut Pengajian Swasta Yang Menyediakan Kursus:-

Kolej Ikram

Syarat Kemasukan

Memiliki sekurang-kurangnya 4 kredit di peringkat SPM.

Category List

Pages

Popular Posts


Catitan


Followers